Showing posts with label IPTA. Show all posts
Showing posts with label IPTA. Show all posts

Monday, October 20, 2008

> UNIMAS

Laman ini menarik dengan frontpage yang Simple dan ceria. Pembahagian pada submenu juga bersesuaian dan susunannya yang teratur dan kemas.Akan tetapi yang paling membawa masalah kepada saya ialah ketika membuka web universiti ini,sungguh menyakitkan hati.Berpuluh-puluh kali yasa cuba, masih tak dapat lagi,tak tahu mana kesilapannya.Laman ini juga lambat dikemas kini

http://www.unimas.my/


.

Monday, October 13, 2008

> UTeM


Laman ini juga tidak kurang dengan keistimewaannya yang tersendiri.Penggunaan flash pada frontpage menarik perhatian umum.Kemudian penggunaan submenu pada sebelah kanan yang mana dihasilkan dengan cara skrol ke atas kadangkala menutup kelemahannya.Penggunaan submenu pada bahagian bawah pula memang sesuai digabungkan dengan meletakkan gambar pada bahagian tepinya sebagai pengenalan.Ini membuatkan pengguna tidak keliru.Penggunaaan bahas inggeris sepenuhnya amat saya sarankan memandangkan ia merupakan bahasa antarabangsa yang membolehkan mana-mana pengguna melayarinya tanpa halangan komunikasi.Akan tetapi ,Maklumat yang dipaparkan pada bahagian hadapan tidak mencukupi dan tidak lengkap.Bahgian 'portal link' juga tidak sesuai kedudukannya yang mana kedudukannya juga melambangkan tahap kepentingannya kepada pelajar-pelajarnya.pada laman ini,'portal link' diletakkan pada bahagian penjuru atas sebelah kanan yangmana mengikut pembelajaran kami dalam HCI iaitu 'mental model' kedudukan submenu juga memainkan peranan.Oleh yang demikian, designer harus mengolah kembali laman ini.

> UTHM



Laman ini kelihatan agak menarik dan susunan untuk ke submenu juga disusun dengan rapi.selain itu, penggunaan button juga amat menarik pengguna untuk melayarinya dengan lebih mendalam.Pada button berkenaan telah di letakkan animasi font yang memudahkan pengguna mengetahui maksud disebalik semua button berkenaan.Dengan itu,boleh dikatakan front page laman ini agak unik dan selain itu juga,designer juga telah menghasilkan antaramuka yang menarik dengan penggunaan teknik flash.Sekaligus tidak menyebabkab ia
kelihatan kaku.

Thursday, September 11, 2008

> UMS



Laman ini agak menarik dan selalu dikemas kini. ini membuatkan pengguna tidak berasa jemu untuk melayarinya. Akan tetapi submenu nya terlalu ringkas dengan hanya menulis tajuk sahaja. Kadang kala pengguna malas nak baca kesemuanya.oleh itu laman ini harus diperbaharui.

Thursday, September 4, 2008

> UPNM



Laman ini sudah sekian lama tidak diperbaharui. Akan tetapi front page laman ini simple nak menarik. Susunan submenu yang teratur dan kemas mengikut keutamaan. Ianya juga menyediakan link ke website yang lain. frontpage laman ini juga lebih menceritakan event2 berbanding maklumat universiti

> UITM

Laman ini dari dulu sampai sekarang, tidak berubah.malah, susunan nya yang biasa tidak menampakkan peningkatan .Mengenai warna tema pula, kemungkinan warna ungu menampakkan ia lebih unik memandangkan ia mempunyai banyak cawangan.Dan Warna ungu juga boleh dikatakan sebagai warna logo UiTM.Mengenai design pula, ia terlalu ringkas dan hanya memperlihatkan tulisan sahaja.Sy faham kemungkinan ini adalah menu utama dan telah disediakan submenu untuk cawangannya yang lain yang membolehkan pengguna berhubung antara satu sama lain.

> UTM




laman ini ringkas dan tidak terlalu padat. Maklumatnya atau sub menu telah tersedia pada sudut atas dan ia memudahkan pengguna melayari laman ini.Akan tetapi pada pemerhatian yang pertama, laman ini hanya sekadar tulisan semata-mata. sekiranya diamati sekali lagi, maka pengguna dapat mengenal pasti ini sebenarnya frontpage laman bagi
UTM.

> UMK



Laman ini terlalu simple dan tidak dikemas kini.daripada pemerhatian yang dibuat,laman ini kelihatan suram dan tidak ceria. designer seharusnya menyelitkan sedikit penggunaan warna dan pada front page tidak seharusnya dibiarkan kosong dan juga tidak terlalu padat.

> UUM



Laman ini terlalu ringkas.Sebagai pengguna, tidak timbul perasaan ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang laman web ini .Ini kerana antara mukanya yang terlalu simple dan tidak menarik perhatian pengguna untuk melayarinya dengan lebih mendalam.

> USM



Laman ini amat menarik dan sentiasa di kemas kini. Ini membuatkan pengguna tidak merasa bosan dengan interface yang sama.
Selain itu, laman ini kelihatan kemas dengan susunan yang menarik dan teratur.

> UPSI



Ringkas tetapi menampakkan susun atur yang agak padat dan tidak terurus.Ini menjadikan pengguna berasa rimas untuk
melayari ke bahagian lain.

> UMT

Laman ini tidak terlalu padat.Dari pemerhatian saya, Designer telah membuat pengubahsuaian tehadap frontpage laman ini.Gambar ini telah lama di ambil dan pada masa sekarang, frontpage laman ini telah di ubahsuai daripada warna merah kepada warna kelabu..pemilihan warna kelabu telah memperlihatkan suasana yang suram.Oleh yang demikian , designer harus memilih warna yang bersesuaian bagi menampakkan ia 'hidup'.

> UPM




Penggunaan warna yang alar kadar kadang-kadang tidak menarik pembaca untuk lebih melayarinya.Akan tetapi Teknik penggabungan warna kelihatan kreatif.bagi laman web ini , gabungan warna mersh dan putih menghasilkan warna yang ceria

http://www.upm.edu.my/

> USIM




Laman ini kelihatan simple.Maklumatnya juga selalu dikemas kini dari masa ke semasa.Ini membuatkan pengguna tidak mengeluh tentang maklumat yang ingin diperolehi..Akan tetapi sekitanya designer menyelitkan kaedah flash pada gambar depan kemungkinan pengguna tidak terlalu boring melayarinya

> UNIMAP


Menarik dan selalu dikemas kini.Submenunya juga kemas dan sedap mata memandang. Susunannya juga mengikut keutamaan dan tidak serabut.apabila melayari dengan lebih lagi, kita dapat menjelajah dengan jauh dan maklumatnya lengkap

http://www.unimap.edu.my/

> UMP



Laman ini kelihatan serabut pada bahagian frontpage.Terlalu padat pada bahagian submenu dan bahagian tengah atau event2. Pemilihan warna biru terang juga tidak sesuai kerana amat menyakitkan mata walaupun ianya warna tema.

http://www.ump.edu.my/

> UM



Laman utama ini agak menarik dan tidak membosankan.Ianya mempunyai antara muka simple dan tidak terlalu padat..

http://www.um.edu.my/

> UKM


Frontpage yang ringkas dan lebih kepada tulisan.Pengguna hanya meneliti setiap point yang dikemukakan untuk mencari submenu utama.laman ini juga tidak dikemaskini mengikut perubahan masa.

http://www.ukm.my/

> UIAM





Laman utama ini tidak menarik kerana mempunyai banyak ruang kosong dan terlalu ringkas. walaubagaimana pun, ia membolehkan pengguna "link" ke ruangan lain yang telah disediakan.Ini dapat menutup kelemahan laman web ini.

http://www.iiu.edu.my/

> UDM

Laman ini kelihatan kosong.Tidak menarik perhatian pengguna.background berwarna putih dan tidak memperlihatkan keceriaan dan kelihatan tidak penting. Jadi, kesimpulannya, laman ini tidak menarik .Selain itu laman ini tidak dikemas kini dalam tempoh yang agak lama menyebabkan pengguna mengeluh setiap kali menbuka laman ini..Antara mukanya yang simple kadang kala bukan menjadi masalah kepada pengguna.tetapi susunannya yang akan memikat hati pengguna untuk lebih mengetahuinya denyan lebih mendalam terutama bagi lepasan SPM yang tengah sibuk mencari universiti pilihan.Apabila mereka ingin mengenali universiti ini dengan lebih dekat, perasaan mereka kadang-kadang terganggu dengan hal-hal yang remeh.Ini sekaligus memberi imej yang kurang sedap didengar.Oleh yang demikian,Designer laman ini harus memperbaiki kelemahan ini agar memenuhi ciri-ciri yang boleh menarik ramai pengunjung.